nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tamatkan hubungan diplomatik, perdagangan dengan Israel

16 SEPT : Malaysia menegaskan kecaman semata-mata tidak lagi memadai untuk menghentikan kekejaman dan kezaliman rejim zionis Israel.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dunia perlu bertindak dengan berani terhadap Israel termasuk menamatkan hubungan doplomatik dan perdagangan.

“Kenyataan sahaja tidak akan menghentikan bedilan roket dan peluru berpandu.

“Dunia mesti bertindak dengan langkah yang nyata dan berani termasuk menamatkan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan rejim zionis Israel sehingga kekejaman dihentikan dan hak Palestin dipulihkan,” tegas Anwar.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas menyampaikan Kenyataan Negara dalam Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam di Doha, Qatar, malam tadi.

Anwar menyampaikan kepada pemimpin yang hadir pada persidangan itu bahawa Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas Doha itu dan menyifatkannya sebagai satu tindakan biadab serta rakus yang melanggar tatanan undang-undang antarabangsa.

Katanya, serangan itu juga satu provokasi berbahaya yang mengancam kestabilan dan keselamatan serantau selain pencabulan terhadap kedaulatan Qatar.

“Qatar di bawah kepimpinan Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, telah memainkan peranan besar sebagai perantara perdamaian. Menyerang Doha bererti merobek usaha mulia tersebut dan ia mesti dianggap sebagai serangan terhadap kita semua, seluruh dunia Arab, Islam dan masyarakat antarabangsa yang mendambakan keamanan,” katanya.

Selain itu katanya, rejim itu tidak lagi menyembunyikan niatnya dalam menolak kewujudan negara Palestin.

“Dalam masa sama, Gaza terus ditenggelami darah dan runtuhan. Kediaman dimusnahkan, hospital dibedil, anak-anak tidak berdosa menjadi mangsa korban.

“Israel kini tidak lagi menyembunyikan niatnya, menolak kewujudan negara Palestin, mengisytiharkan satu bentuk apartheid kekal, serta menafikan hak rakyat Palestin untuk menentukan masa depan sendiri,” katanya.

Tegasnya, Malaysia berdiri teguh bersama Qatar, Palestin dan setiap bangsa yang dambakan keadilan serta keamanan.

“Inilah saatnya untuk kita bukan sahaja bersuara, tetapi bertindak.

“Semoga Allah SWT mengurniakan keberanian untuk kita melawan kezaliman serta kekuatan untuk mempertahankan kebenaran dan maruah umat,” katanya.

*FOTO : PEJABAT PERDANA MENTERI MALAYSIA

*OLEH : HANUM RAJAK

Get real time updates directly on you device, subscribe now.