nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pembangunan semula perlu hormati hak orang Melayu

17 SEPT : Tindakan pengambilan tanah yang diduduki orang Melayu bagi pembangunan semula perlu menghormati hak kaum tersebut.

Mengambil contoh kes Kampung Sungai Baru, Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata kedudukan tanah itu sendiri istimewa berbanding tanah lain yang hanya memerlukan kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) atau kementerian.

“Saya pun dulu terkhilaf sebab tak nampak isu ini. Tetapi saya tanya Lembaga Pentadbiran Malay Agricultural Settlement (MAS) kerana MAS yang jaga Kampung Baru pun cakap bahawa Sungai Baru ini tak masuk dalam MAS.

“Kerana ia leasehold (tanah pajakan). 880 lot asal itu semua freehold (pegangan kekal). Bila saya nampak benda ini, saya fikir ia tak boleh jadi.

“Oleh kerana kita tak boleh reverse (tarik balik) benda (keputusan) ini, jadi kita minta pemaju buat rumah yang orang Melayu saja yang boleh beli. Kalau dia (pemaju) rasa ada orang Melayu boleh beli RM700,000, RM600,000…buatlah,” katanya ketika menjadi tetamu Podcast Utama TV3.

Namun, beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata sekiranya harga itu terlalu mahal hingga tidak dapat dijual kepada orang Melayu, pemaju tersebut tidak boleh diberi pengecualian seperti yang berlaku di kawasan lain.

“Tanah-tanah lain kalau kita peruntukkan 30 peratus untuk Bumiputera, selepas itu kalau tak dapat jual dia (pemaju) minta kelulusan daripada DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) atau Kementerian Wilayah Persekutuan untuk dapat pelepasan.

“Tapi yang ini tidak boleh kerana tanah ini adalah tanah anugerah oleh Sultan Selangor… Diberi pada tahun 1900… 125 tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata perkara itu boleh dibawa ke mahkamah sekiranya pemaju gagal mematuhi undang-undang pengambilan tanah di kawasan tersebut.

Beliau berkata terdapat bukti bahawa kawasan berkenaan diiktiraf sebagai tanah hak milik orang Melayu.

Johari turut menempelak pihak pemaju yang didakwa cuba mengambil kesempatan terhadap penduduk yang rata-ratanya tidak berpelajaran.

“Mana boleh kita masuk kawasan orang guna Akta Pengambilan Tanah 1960 berdasarkan 67 peratus saja sedangkan 33 peratus lagi tak setuju, anda masih menggunakan akta ini.

“Akta Pengambilan Tanah ini adalah satu perkara yang sangat-sangat salah bagi saya atau mengambil peluang menekan orang-orang yang susah, orang yang tak faham soal pembangunan semula ini,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.