nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia kecualikan duti kastam produk pertanian Palestin

19 SEPT : Kerajaan bersetuju secara prinsip untuk memberi pengecualian duti kastam ke atas beberapa produk pertanian dan makanan dari Palestin yang diimport ke Malaysia.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata Malaysia sentiasa teguh berdiri bersama Palestin, bukan hanya dalam solidariti politik tetapi juga dalam membina asas-asas pemerkasaan ekonomi.

Selain itu, Malaysia turut memetrai memorandum persefahaman (MOU) mengenai Kerjasama Perdagangan dan Ekonomi antara Malaysia dan Palestin.

“Komitmen kami kepada rakyat Palestin dibuktikan melalui langkah penting yang diambil hari ini, di mana kami telah memeterai MOU mengenai Kerjasama Perdagangan dan Ekonomi antara Malaysia dan Palestin.

“MoU ini bukan sekadar perjanjian, tetapi ia adalah simbolik kepada persahabatan dan hubungan persaudaraan yang mendalam antara kedua-dua negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas majlis pertukaran dokumen MoU antara Malaysia dengan Palestin.

Dalam acara itu, Malaysia diwakili Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Hairil Yahri Yaacob yang bertukar dokumen dengan Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali.

Pertukaran itu turut disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengulas lanjut, Tengku Zarful berkata MoU itu menjadi instrumen penting yang akan membuka jalan bagi kolaborasi yang lebih erat dalam perdagangan, pelaburan, dan pembangunan ekonomi.

Menurutnya, antara bidang utama kerjasama yang digariskan termasuklah fasilitasi perdagangan, pembangunan zon industri, pengukuhan PKS, industri halal, pelancongan, tenaga, dan ekonomi digital.

“MoU ini adalah bukti kesediaan kami untuk membantu Palestin dalam usaha pemulihan ekonomi, membina semula institusi nasional dan menyokong kestabilan masa depan mereka.

“Kami berharap agar kerjasama yang terjalin ini akan memperkasakan hubungan dua hala dan membawa manfaat nyata kepada kedua-dua negara,” katanya.

Sementara itu, dalam satu kenyataan MITI memaklumkan Malaysia dan Palestin bersetuju memperkukuh hubungan dua hala dan ekonomi menerusi MoU tersebut.

Ia juga menjadi asas kepada kerjasama lebih erat dalam bidang perdagangan, pelaburan dan pembangunan ekonomi, sekali gus membuka peluang baharu untuk sektor perniagaan dan rakyat kedua-dua negara.

Palestin merupakan rakan dagang ke-15 terbesar Malaysia dalam kalangan negara Asia Barat pada 2024.

“Eksport utama Palestin termasuk plastik dan makanan berproses, manakala import utama dari Palestin ialah produk pertanian seperti buah kurma.

“Malaysia dengan ini komited untuk memperkukuh lagi hubungan ekonomi dengan Palestin bagi menyokong aspirasi pembangunan dan ketahanan negara itu, selaras dengan prinsip solidariti dan kemakmuran bersama,” kata MITI.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.