20 SEPT : Portugal bakal mengiktiraf negara Palestin secara rasmi esok.
Perkara itu disahkan Kementerian Luarnya melalui satu kenyataan di laman web rasmi.
“Kementerian Luar mengesahkan bahawa Portugal akan mengiktiraf Negara Palestin. Pengisytiharan rasmi pengiktirafan akan dibuat pada Ahad, 21 September,” menurut kementerian itu.
Keputusan itu diumumkan menjelang Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Setakat ini, terdapat sekitar 10 negara Barat lain yang sudah mengumumkan bakal mengiktiraf Palestin pada perhimpunan itu.
Ini termasuk Britain, Kanada dan Perancis yang sudah membuat pengumuman sebelum ini.
Israel mengkritik rancangan pengiktirafan itu dan terus-menerus menyerang Gaza.
Beberapa negara lagi dijangka bakal membuat keputusan sama tidak lama lagi.