nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Skor GSMA bukti komitmen kerajaan perkukuh keselamatan siber

24 SEPT : Komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh keselamatan siber dibuktikan dalam keputusan terbaharu laporan GSMA Digital Nation ASEAN tahun ini.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata Malaysia merekodkan skor 75 dalam laporan itu yang secara langsung mengiktiraf kekuatan tadbir urus data, perlindungan privasi dan usaha membina kepercayaan digital negara.

“Kepercayaan adalah asas kepada negara digital dan bagi ASEAN, ia bermakna memastikan privasi data, memperkukuh keselamatan siber serta melindungi rakyat daripada ancaman baharu.

“Pada masa sama, kita perlu memupuk persekitaran yang membolehkan perniagaan dan rakyat berasa selamat untuk mengambil bahagian dalam ekonomi digital,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Sidang Kemuncak Negara Digital Kuala Lumpur (Edisi ASEAN) pada Selasa.

Malaysia menjadi tuan rumah kepada penganjuran persidangan itu bersama GSMA sempena kepengerusian ASEAN 2025.

Acara itu menghimpunkan pemimpin kerajaan, pengawal selia, industri dan rakan serantau bagi membincangkan hala tuju masa depan digital ASEAN.

Kedudukan itu kedua tertinggi selepas Singapura dalam kalangan negara ASEAN bagi Indeks Negara Digital GSMA 2025.

Dalam pada itu, Nie Ching turut menyentuh soal akta baharu di negara ini melibatkan Akta Keselamatan Siber 2024 dan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 yang melengkapkan undang-undang sedia selain kempen advokasi keselamatan Internet kini sudah menjangkau lebih 150,000 rakyat.

Beliau juga membangkitkan soal inovasi sebagai enjin ekonomi digital ASEAN yang ini bernilai AS$300 bilion dan dijangka melebihi AS$1 trilion menjelang 2030.

Katanya, di Malaysia, program Geran Digital PMKS Madani dan pelaksanaan projek Jalinan Digital Negara (JENDELA) serta 5G dapat membantu memperkasa komuniti dan perniagaan.

Menurutnya lagi, Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan negara jiran, sektor swasta dan rakan antarabangsa untuk transformasi digital.

Usaha ini katanya termasuk peluasan siri GSMA M360 ke ASEAN pada 2026, selaras dengan Visi ASEAN 2045 untuk membina komuniti digital yang berdaya tahan, inovatif dan inklusif.

“Sidang kemuncak ini adalah permulaan kepada bab baharu pembinaan negara digital ASEAN dipacu kepercayaan, berkembang melalui inovasi dan maju bersama,” katanya lagi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.