nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia minta bantuan negara rakan jika peserta GSF dalam bahaya

25 SEPT : Kerajaan akan berhubung dengan negara sahabat bagi mendapatkan bantuan yang diperlukan sekiranya berlaku perkara tidak diingini terhadap 34 rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata barisan peguam juga sudah memberikan nasihat perundangan.

“Oleh kerana kita tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, kita akan meminta pertolongan daripada negara berhampiran dan sahabat kita selama ini untuk membantu sedaya mungkin.

“Ia bukan saja untuk 34 rakyat Malaysia yang berada di sana, tetapi juga lebih 500 lagi peserta rombongan apabila sesuatu perlu dilakukan bagi menyelamatkan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat Sumud Nusantara Command Center (SNCC) di Sepang, hari ini.

Beliau turut menzahirkan sokongan moral dan mengharapkan semua pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) di bawah Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) terus memantau situasi tersebut selama 24 jam.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata kerajaan juga akan melihat kaedah terbaik dalam memastikan semua peserta itu dapat dibawa pulang dengan selamat selepas misi selesai.

“Saya akan menghubungi Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang kini berada di New York menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) untuk membincangkan tindakan sewajarnya.

“Saya juga akan berbincang dengan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengenai peranan Kementerian Pertahanan termasuk bentuk bantuan yang boleh dihulurkan.

“Tadi saya turut berbincang dengan Datuk Dr Ahmad Sani Araby (Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia) mengenai persediaan membawa pulang 34 rakyat Malaysia selepas misi ini selesai dan kita akan perincikan bentuk bantuan akan diberikan nanti, insya-Allah,” katanya.

*FOTO: FACEBOOK ZAHID HAMIDI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.