28 SEPT : Kerajaan menegaskan jemputan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur, bulan depan atas kapasiti Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata persidangan itu kelak merupakan platform terbaik untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan secara jelas kepada Trump tentang pendirian Malaysia dalam isu Palestin.
Katanya, sidang kemuncak itu adalah platform terbaik untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berterus terang mengenai pendirian Malaysia terhadap isu Palestin kepada Trump.
“Seperti yang pernah kita lihat dan saksikan sewaktu persidangan APEC (Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik) di San Francisco, Perdana Menteri tanpa segan silu dan cukup berani menyatakan pendirian tidak berbelah bahagi bahawa sokongan padu rakyat dan kerajaan Malaysia terhadap Palestin.
“Perdana Menteri turut mempertikaikan sikap hipokrit negara-negara tertentu mengenai keadilan khusus berkait dengan negara Palestin.
“Jadi kita jemput bukan atas dasar Malaysia sendiri, tapi Pengerusi ASEAN, mewakili seluruh negara ASEAN dan ini peluang baik untuk kita menyatakan pendirian terus kepada Trump,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan rasmi ke Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) di Gudang Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai respons kepada pihak yang mempertikai jemputan Malaysia kepada Trump ke negara ini, bulan depan.
Mengulas lanjut, Fahmi yagn juga Menteri Komunikasi berkata kehadiran Trump kelak membuka ruang kepada 11 negara ASEAN berinteraksi dengan pemimpin White House itu.
“Jemputan ini bukan atas kapasiti Malaysia semata-mata tapi dalam tempoh Malaysia mempengerusikan ASEAN.
“Jemputan ini adalah bagi pihak 11 negara ASEAN dan ini peluang yang baik untuk semua negara berinteraksi dengan Trump dan pemimpin dunia lain yang dijemput datang,” katanya.
