29 SEPT : Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra memohon pengampunan diraja selepas dijatuhkan hukuman penjara satu tahun.
Perkara itu disahkan peguam Thaksin, Winyat Chartmontree.
Permohonan rasmi difailkan 10 September lalu iaitu sehari selepas Mahkamah Agung menjatuhkan hukuman terhadap Thaksin.
Thaksin dipenjara susulan kes berkait konflik kepentingan dan penyalahgunaan kuasa semasa pentadbiran beliau antara 2001 hingga 2006.
Pada Ogos tahun lalu, Raja Thailand mengurangkan hukuman asal Thaksin daripada lapan tahun kepada setahun.
Proses pengampunan diraja melibatkan penilaian Jabatan Penjara, pandangan Menteri Kehakiman dan keputusan muktamad oleh pihak istana.
Thaksin kini ditempatkan di Klong Prem Central Prison selepas menerima rawatan awal di hospital penjara.