nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Larangan media sosial lindung psikologi, emosi kanak-kanak

1 OKT : Larangan penggunaan media sosial bagi kanak-kanak bawah 13 tahun dilihat sebagai asas penting dalam melindungi mereka daripada risiko psikologi dan sosial.

Pakar Psikologi dari Universiti UCSI, Profesor Dr Zhooriyati Sehu Mohd berkata data United Nations International Children’s Emergency Fund (UNICEF) yang menunjukkan hampir 100,000 kanak-kanak di Malaysia mengalami eksploitasi seksual dalam talian setiap tahun menekankan perlunya kawalan lebih ketat terhadap penggunaan media sosial golongan bawah 13 tahun kerana mereka masih mentah dari segi kematangan emosi dan penilaian risiko.

Beliau menjelaskan antara faktor utama yang meningkatkan risiko ialah pemanipulasian dalam talian (grooming), buli siber, pendedahan maklumat peribadi tanpa kawalan serta ketagihan awal terhadap media sosial yang kesemuanya memudahkan manipulasi algoritma dan seterusnya menjejaskan kesejahteraan psikologi dan sosial kanak-kanak.

 “Pendedahan awal kepada media sosial meningkatkan risiko eksploitasi seksual dan meruntuhkan perlindungan psikologi kanak-kanak kerana mereka belum matang menilai niat sebenar orang lain atau mengurus tekanan digital.

“Kanak-kanak yang terlalu awal menggunakan platform digital mudah menjadi mangsa grooming, buli siber dan manipulasi maklumat peribadi, sekaligus menjejaskan perkembangan emosi dan harga diri mereka, justeru perlunya bimbingan ibu bapa, guru dan polisi kerajaan untuk memastikan keselamatan mereka,” katanya kepada BBCPORTAL.

Terdahulu, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan semua penyedia platform media sosial di Malaysia disaran melaksanakan pengesahan elektronik (eKYC) menggunakan dokumen rasmi seperti MyKad, pasport atau MyDigital ID bagi memastikan identiti pengguna disahkan sepenuhnya, sekali gus mengurangkan penipuan dalam talian dan menghalang kanak-kanak bawah 13 tahun membuka akaun sendiri.

Sehubungan itu, Zhooriyati berkata konsep kelewatan digital iaitu menangguhkan akses penuh kanak-kanak kepada media sosial sehingga mereka cukup matang bukan sahaja mengawal pendedahan kepada kandungan berbahaya tetapi juga membolehkan perkembangan emosi dan harga diri terbina dengan sihat sebelum mencapai kematangan kognitif dan sosial.

“Pendekatan kelewatan digital mempunyai pelbagai kebaikan kepada kanak-kanak kerana ia membolehkan mereka membina daya tahan emosi, di mana mereka mempunyai lebih masa untuk belajar mengurus perasaan melalui interaksi bersemuka dan bukan hanya bergantung kepada ‘like’ atau ‘share’ di media sosial.

“Selain itu, pendekatan ini turut menguatkan kemahiran sosial sebenar, membolehkan kanak-kanak mempelajari empati, komunikasi dan penyelesaian konflik di dunia nyata sebelum mereka memasuki ruang maya, sambil mengurangkan risiko trauma awal kerana menangguhkan pendedahan membantu mengurangkan kebarangkalian mereka menjadi mangsa buli siber atau dieksploitasi pada usia yang belum matang,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia, Sirajuddin Jalil berkata ketagihan media sosial dalam kalangan kanak-kanak bawah 13 tahun memberi kesan kepada keluarga dan perkembangan sosial termasuk gangguan tumpuan belajar, masalah tidur serta berkurangnya interaksi bersemuka.

Justeru itu, beliau berkata usaha kerajaan melalui Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 termasuk verifikasi umur dan operasi seperti Ops Pedo amat bertepatan dalam memastikan keselamatan kanak-kanak di ruang digital negara ini terjamin.

“Isu ketagihan dan pendedahan awal kanak-kanak memberi kesan besar kepada emosi dan hubungan keluarga, justeru pendekatan bersepadu seperti literasi digital, pemantauan ibu bapa dan penguatkuasaan platform perlu diteruskan.

“Namun, pelaksanaan verifikasi umur masih perlu diperkemaskan dengan sokongan eKYC, integrasi MyDigital ID dan teknologi AI serta garis panduan ketat untuk platform melaporkan cubaan eksploitasi kanak-kanak

“Sementara pendidikan kesedaran awam kepada ibu bapa perlu diperluas bagi memahami risiko kandungan berbahaya dan modus operandi penjenayah siber,” katanya.

OLEH: AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.