2 OKT : Peserta Global Sumud Flotilla (GSF) yang ditahan tentera rejim Israel akan dideportasi ke Eropah.
Perkara itu diumumkan Kementerian Luar Israel hari ini selepas tenteranya memintas kapal-kapal yang membawa misi bantuan ke Gaza.
“Provokasi Hamas-Sumud sudah berakhir. Tiada satu pun daripada kapal layar yang berjaya dalam cubaan mereka untuk memasuki zon pertempuran aktif atau melanggar sekatan laut yang sah.
“Semua penumpang berada dalam keadaan selamat dan sihat. Mereka kini dalam perjalanan ke Israel dengan selamat, sebelum dihantar pulang ke Eropah,” kementerian itu memaklumkan melalui Facebook, sebentar tadi.
Menurut Israel lagi, sebuah kapal misi terakhir masih berada pada jarak tertentu dan akan dihalang jika cuba menghampiri atau memasuki zon pertempuran aktif.
Berdasarkan data penjejak flotila, sekurang-kurangnya 317 aktivis daripada 21 kapal ditahan tentera Israel.
Difahamkan kesemua tahanan dibawa ke Pelabuhan Ashdod.