2 OKT : Beberapa kapal misi Global Sumud Flotilla (GSF) yang dinaiki aktivis pelbagai negara ditawan ketika berada di perairan Zon Merah R3 di Laut Mediterranean.
Kementerian Luar Israel memaklumkan tenteranya membawa kesemua tahanan ke sebuah pelabuhan.
GSF merupakan misi bantuan kemanusiaan global yang membawa bekalan ubat-ubatan dan makanan ke Gaza melalui lebih 40 bot awam dengan kira-kira 500 penumpang termasuk ahli Parlimen, peguam dan aktivis.
Tentera rejim itu turut bertindak merempuh dan menembak kapal misi dengan meriam air selain menyekat komunikasi.
Dalam pada itu, penganjur flotila menggesa campur tangan antarabangsa dengan segera sambil menegaskan kerajaan mesti bertindak kerana rakyat di seluruh ibu kota dunia sudah bangkit.
Misi itu yang memulakan pelayaran bulan Ogos dijangka tiba esok di pantai Gaza jika tiada sebarang halangan.
*FOTO : BERNAMA