nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

GSF: 23 rakyat Malaysia tiba di Istanbul, dibawa pulang Isnin ini

4 OKT : Kesemua 23 peserta Global Sumud Flotilla (GSF) dari Malaysia yang dibebaskan daripada tahanan Israel akan dibawa pulang ke negara ini pada Isnin.

Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Sani Araby Al-Kahery berkata kesemuanya selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul pada 8.40 malam ini waktu Malaysia.

Menurutnya, mereka berlepas dari Lapangan Terbang Ramon, Israel jam 6.40 petang dengan pesawat komersial Turkish Airlines yang ditaja sepenuhnya Kerajaan Turkiye.

Katanya, sebaik tiba, wakil Kedutaan Malaysia di Turkiye, pegawai Wisma Putra serta wakil Kerajaan Turkiye menyambut ketibaan mereka sebelum dibawa ke hotel yang turut ditaja pentadbiran Presiden Turkiye, Reccep Tayyip Erdogan.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Ankara menyarankan agar kesemua peserta menginap di Istanbul untuk pemeriksaan kesihatan sebelum dibawa pulang ke Malaysia.

“Sumud Nusantara menzahirkan ucapan jutaan terima kasih dan terharu mewakili seluruh keluarga, delegasi, sekretariat serta rakyat Malaysia yang menjadi pendukung misi ini, atas kepedulian dan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta kerajaan Malaysia yang berusaha bersungguh-sungguh menggunakan hubungan erat diplomatik antarabangsa untuk rundingan bagi proses mengeluarkan 23 rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut mengesahkan 137 daripada 462 peserta misi GSF dari pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat, Emiriah Arab Bersatu, Algeria, Maghribi, Itali, Kuwait, Libya, Mauritania, Switzerland, Tunisia, Jordan dan Malaysia yang ditahan telah berjaya dibebaskan dengan bantuan kerajaan Turkiye.

“Sumud Nusantara mengajak semua pendukung untuk terus mendoakan agar kesemua baki delegasi GSF yang masih dalam tahanan dibebaskan segera,” katanya.

Pada Khamis lepas, tentera Israel memintas dan menahan kesemua aktivis yang menyertai misi GSF termasuk 23 rakyat Malaysia ketika berada di perairan Zon Merah R3, di Laut Mediterranean sebelum dibawa ke pelabuhan Ashdod, Israel.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.