nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PM harap ruang dialog segar dengan Trump, bangkit isu Gaza

4 OKT : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengharapkan ruang dialog dan wacana segar dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, hujung bulan ini.

Menurutnya, ia juga akan membangkitkan soal Gaza dan Palestin di medan dialog itu.

“Pada akhir bulan ini, saya akan menyambut kedatangan Presiden Trump ke Kuala Lumpur bersempena dengan Sidang Kemuncak Asia Timur dan Sidang ASEAN-AS.

“Saya menanti serta mengharapkan suatu ruang dialog dan wacana yang segar dan terbuka tentang bagaimana Malaysia bersama rakan-rakan dapat menyumbang serta membentuk satu order dunia yang adil dan damai yang berkekalan yang tentunya akan mencakup serta menjamin hak rakyat Palestin dan sebuah negara Palestin yang berdaulat dan bermaruah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu rakaman video di Facebook, hari ini.

Menurutnya, perkembangan terkini mengenai keputusan Hamas dalam isu gencatan senjata suatu perkara yang mustahak.

Katanya, ia pasti akan menjamin serta membuka ruang untuk menghentikan perang dan pembantaian di Gaza.

“Ramai di kalangan kita telah mengikuti perkembangan terbaru mengenai respon dari pihak Hamas terhadap cadangan ke arah gencatan senjata.

“Ia tentunya perkembangan yang sangat mustahak tatkala ia pastinya akan menjamin serta membuka ruang untuk menghentikan perang dan pembantaian. Saya yakin ia akan memberi sedikit kelegaan buat warga Gaza pada ketika ini,” katanya.

Anwar juga ambil maklum tentang kenyataan Trump yang menyeru agar sekutunya, Israel menghentikan serangan dan pengeboman supaya langkah yang kukuh serta teguh ke arah perdamaian dapat dijelmakan.

“Justeru, aspek dan dimensi yang terpenting saat ini adalah kebijaksanaan dan sikap kesabaran yang tinggi terutamanya untuk menghentikan serangan dalam kadar segera, menjamin tempoh bertenang dan mempercepat serta memudahkan penyampaian bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza.

“Sementalahan, keamanan yang kekal tidak akan tercapai dalam sekelip mata. Walhasil, ia mesti dibina dengan kesabaran yang jitu, langkah demi langkah dan kita tidak akan mampu menerima sebarang penangguhan dalam mengakhiri penderitaan warga Gaza. Tragedi sadis yang telah menghentak nurani dunia ini mesti segera dihentikan,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan negara-negara Arab terutamanya Qatar, Turkiye dan dunia Islam menggalas peranan yang penting dalam memastikan proses gencatan senjata itu berterusan sekaligus menghidupkan kembali prospek ke arah penyelesaian politik.

“Amerika Syarikat juga memikul tanggungjawab yang besar, khususnya dalam memberi tekanan kepada Israel untuk tunduk dan hormati kewajibannya serta mesti memberi ruang dan peluang kepada diplomasi,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.