nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

9 rakyat Malaysia sertai misi TMTG ke Gaza

6 OKT : Lapan kapal misi Thousand Madleens to Gaza (TMTG) sudah bergabung dengan kapal utama, Conscience jam 11.30 pagi Isnin tadi untuk memulakan pelayaran menuju ke Gaza.

Misi flotilla terbaharu itu di bawah gabungan Freedom Flotilla Coalition (FFC) membawa bantuan perubatan dan makanan untuk rakyat Palestin.

Ketua Pegawai Eksekutif MyCare, Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata seramai sembilan rakyat Malaysia menyertai misi kali ini.

Katanya, setakat ini kesemua kapal masih menanti ketibaan kapal pemerhati, Shireen Abu Akleh yang membawa pasukan peguam antarabangsa untuk bertindak sebagai pemerhati bebas sepanjang pelayaran.

“Kesemua kapal kini berlegar di perairan antarabangsa untuk menunggu kapal pemerhati Shireen Abu Akleh yang sedang berlayar dari Cyprus selepas menjalani kerja pembaikan.

“Delegasi Malaysia yang menyertai misi kali ini seramai sembilan orang melibatkan pelbagai latar belakang termasuk pakar perubatan, peguam, aktivis dan wartawan kemanusiaan.

“Lapan peserta Malaysia berada di atas kapal Conscience manakala seorang lagi berada di atas kapal layar Umm Saad,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), hari ini.

Misi TMTG melibatkan 150 peserta dari 25 negara menjadikannya antara armada kemanusiaan terbesar selepas pelayaran Global Sumud Flotilla, baru-baru ini.

Menurutnya, Conscience yang merupakan kapal terbesar membawa 10 kru, 20 wartawan antarabangsa, 21 pakar perubatan, tiga Ahli Parlimen Turkiye, 34 aktivis serta enam anggota Jawatankuasa Pemandu FFC.

Katanya, Conscience dijangka memasuki zon kuning dalam tempoh 24 jam sebelum memasuki zon merah.

Terdahulu, kesemua kapal yang berlayar ke Gaza di bawah misi Global Sumud Flotilla (GSF) dipintas dan ditahan tentera Israel.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.