nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kampung Bharu bukan kawasan Rizab Melayu

6 OKT : Kerajaan memaklumkan tanah di Kampung Bharu, Kuala Lumpur bukan kawasan Rizab Melayu.

Sebaliknya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa menjelaskan kawasan itu diwartakan sebagai Penempatan Pertanian Melayu atau Malay Agricultural Settlement (MAS) pada 12 Januari 1900.

Menurutnya, pewartaan kawasan itu tertakluk di bawah peruntukan Seksyen 6, Enakmen Tanah 1897 melalui Kaedah-Kaedah M.A.S (Kuala Lumpur) 1950.

Kata Dr Zaliha, status tanah itu sering menimbulkan kekeliruan oleh banyak pihak.

“Tanah di Kampung Bharu tidak sama dengan Tanah Rizab Melayu, yang mana ia dikuat kuasa di bawah Enakmen Rizab Melayu (F.M.S Cap 142) terutamanya melalui peruntukan dalam Perintah (Ubahsuaian Enakmen Rizab Melayu) Wilayah Persekutuan 1974.

“Tanah Rizab Melayu hanya boleh dimiliki, dipindah milik, atau dipajak kepada orang Melayu,” katanya kepada Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dibangkitkan Datuk Azman Nasrudin (PN-Padang Serai) berkait cabaran ketara terhadap pembangunan tanah rizab Melayu di Kuala Lumpur seperti Kampung Bharu.

Dr Zaliha berkata kawasan kampung itu mempunyai sekatan yang melarang orang bukan Melayu daripada memiliki atau menduduki tanah tersebut.

Katanya, Tanah Rizab Melayu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melibatkan kawasan seperti Segambut, Selayang, Sungai Penchala, Taman Desa, dan Gombak, merangkumi keluasan sekitar 2,480 ekar atau 1,004 hektar sehingga tahun 2025.

Tambahnya, Rizab Melayu di kawasan lain seperti Segambut dan Gombak di dalam Mukim Setapak serta Sungai Penchala dan Taman Desa di Kuala Lumpur masih kekal dengan status Rizab Melayu seperti yang ditetapkan undang-undang.

Justeru beliau berharap penjelasan berkenaan status tersebut akan memberi kefahaman yang lebih baik dan tiada lagi kekeliruan pada masa depan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.