nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

23 sukarelawan GSF tiba di KLIA, disambut ribuan penyokong

7 OKT : Kesemua 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) selamat tiba di tanah air jam 10.07 malam ini.

Pesawat Emirates penerbangan EK342 itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan menyambut kepulangan delegasi itu.

Ruang balai ketibaan dipenuhi keluarga dan penyokong yang hadir bagi menyambut kepulangan kesemua sukarelawan misi itu pada Majlis Sambutan Kepulangan Wira Sumud Nusantara Malaysia.

Ketibaan kumpulan itu disambut dengan laungan ‘Free Palestine’, ‘Bebas Gaza’ dan ‘Hidup Sumud’.

Kesemua aktivis termasuk pendakwah bebas, selebriti dan pengamal media itu ditahan tentera Israel ketika menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Aktivis negara itu kemudiannya dibebaskan dengan bantuan kerajaan Turkiye dan dibawa ke Istanbul sebelum pulang ke Malaysia.

Mereka adalah Zainal Rashid Ahmad, Razali Awang, Muhammad Abdullah, Rahmat Ikhsan, Farah Lee, Hazwani Helmi, Heliza Helmi, Ardell Aryana, Zizi Kirana, Musa Nuwayri, Sul Adil, Taufiq Mohd Razif, Haikal Luqman, Hareez Adzrami, Danish Nazram, Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Norhelmi Ab Ghani, Norazman Ishak, Mohd Asmawi, Rusydi Ramli, Iylia Balqis dan Zulfadhli Khairudin.

Mohamad dalam ucapan ringkasnya melahirkan rasa syukur atas kepulangan kesemua aktivis dengan selamat ke tanah air.

“Kita mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk SSeri Anwar Ibrahim di atas usaha beliau dengan tahap diplomasi tertinggi bersama kepimpinan negara-negara sahabat seperti Turkiye, Mesir dan Jordan.

“Kerajaan Turkiye telah berjaya membawa keluar rakyat Malaysia yang ditahan secara haram oleh Israel

“Kita dapati ada lagi gelombang ketiga yang sedang menuju ke Gaza. Jangan kata mereka masuk ke Israel secara haram, mereka tidak pergi ke Israel. Mereka nak ke Gaza tapi dikepung tentera rejim Israel. Jangan dengar-dengar cakap orang,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.