7 OKT : Mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang ketua cawangan PAS di Melaka selepas gagal hadir tanpa alasan bagi berdepan pertuduhan, pagi tadi.
Mahkamah Sesyen Siber Kuala Lumpur mengesahkan saman sudah diserahkan kepada Azmi Aziz pada 30 September lalu.
Tarikh sebutan semula kes untuk waran tersebut pada 6 November depan.
Azmi berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) atau Akta 588 susulan memuat naik hantaran yang menghina.
Namun tertuduh, Azmi Aziz dilaporkan gagal hadir tanpa alasan ke, pagi tadi.
Tertuduh menggunakan akaun Facebook عزمي حاجعزيز (Azmi Haji Aziz) memuat naik kartun yang diubah suai dikatakan berunsur penghinaan dan gangguan terhadap pihak lain dengan elemen politik jelas dalam kandungannya.