nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan tidak kompromi usaha banteras kartel

7 OKT : Kerajaan MADANI sentiasa memberi perhatian serius dan tidak akan berkompromi dalam membanteras kewujudan kartel di pelbagai peringkat yang mengancam kelancaran pembangunan negara terutamanya dalam aspek pentadbiran dan ekonomi negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan kini meningkatkan keberkesanan kawal selia bagi memperkukuh ekosistem persaingan untuk mencegah penyalahgunaan kedudukan dominan dalam pasaran dan mengurangkan ketirisan selaras dengan teras tatakelola baik.

“Antara langkah pencegahan dan penguatkuasaan yang diambil kerajaan dalam memperkasakan usaha membanteras kewujudan kartel adalah merentasi pelbagai kementerian dan agensi penguatkuasaan termasuk Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

“Agensi MyCC misalnya, bertanggung jawab menguatkuasakan Akta Persaingan 2010 bagi mengekang amalan monopoli dan kartel,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat bagi jawab lisan yang dikemukakan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) berkait sejauh mana urusan pentadbiran dan ekonomi negara sudah dipengaruhi kewujudan kartel di pelbagai peringkat yang boleh mengancam kelancaran pembangunan negara.

Beliau juga bertanya soal langkah pencegahan dan penguatkuasaan yang telah diambil Kerajaan MADANI bagi menghentikan kegiatan kartel tersebut.

Dalam pada itu, Anwar berkata sejak beroperasi pada 1 Januari 2012, MyCC yang ditubuhkan bagi memerangi monopoli dan kartel harga menggunapakai peruntukan Akta 712 untuk memberi punca kuasa yang jelas kepada agensi itu memulakan siasatan

Empat kaedah siasatan MyCC adalah ex officio atau atas inisiatif MyCC sendiri, melalui aduan yang diterima, arahan yang dikeluarkan menteri atau melalui rejim kelonggaran iaitu penerimaan maklumat dari yang terlibat dalam aktiviti antipersaingan.

“Berdasarkan rekod, MyCC telah mengambil tindakan terhadap 270 syarikat dengan keseluruhan penalti kewangan berjumlah RM687.4 juta.

“Pada masa ini, MyCC sedang menyiasat 14 kes kartel bida melibatkan 563 syarikat serta penyiasatan terhadap satu kes kartel penetapan harga melibatkan 31 perusahaan yang disyaki.

“MyCC turut menjalankan tujuh kajian pasaran dalam beberapa sektor strategik seperti pertanian, pengangkutan dan perkhidmatan bagi mengenal pasti isu persaingan dan mencadangkan dasar yang sesuai untuk memastikan pasaran kekal adil dan berdaya saing.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pendtadbirannya secara berterusan akan memastikan kewujudan kartel ini dapat dibanteras dan tidak akan berkompromi bagi mana-mana pihak yang terlibat dengan kartel.

Katanya, badan-badan penguatkuasa lain termasuk Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia juga diberi kebebasan sepenuhnya untuk menyiasat sebarang aduan berkaitan kartel.

*FOTO : PEJABAT PERDANA MENTERI MALAYSIA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.