nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

FFC: Turkiye jamin bantu 9 rakyat Malaysia ditahan Israel

8 OKT : Turkiye memberi jaminan akan membantu sembilan delegasi Malaysia yang ditahan tentera Israel ketika dalam misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens To Gaza (TMTG).

Berita itu dikongsi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Himpunan Solidariti Bersama Gaza : Gelombang Malaysia, Palestin Merdeka, malam ini.

“Saya beritahu rakan-rakan, jangan peduli dengan satu, dua suara. Suara ini kecil. Yang kita lawan itu gergasi Israel tetapi sedikit pun kita tidak rasa takut dan cemas.

“Sembilan (orang) masih di tahanan Israel. Sahabat saya, Erdogan (Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan) baru menyampaikan mesej kepada kita melalui Menteri Luarnya kepada Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Insya-Allah Turkiye akan terus bantu yang sembilan itu. Ini baru lagi (diterima),” katanya.

Pengumumannya itu disambut sorakan ribuan peserta yang hadir ke Axiara Arena Bukit Jalil, malam ini.

Pagi tadi, sembilan delegasi Malaysia itu ditawan tentera Israel ketika berada dalam lingkungan 120 baru nautika dari Gaza.

Dalam kejadian 10.50 pagi itu, kesemua sembilan kapal FFCxTMTG ditawan dari udara dan laut sebelum kesemua aktivis dibawa ke pelabuhan Israel.

FFC memaklumkan sebelum ini, kapal berkenaan membawa bekalan bantuan penting bernilai lebih AS$110,000 (RM519,000) termasuk ubat-ubatan, peralatan pernafasan dan bekalan nutrisi untuk hospital di Gaza yang kini kekurangan sumber.

Misi FFC dan TMTG turut membabitkan 10 kru kapal, 20 wartawan antarabangsa, 21 pakar perubatan, tiga ahli Parlimen, 34 aktivis serta enam anggota Jawatankuasa Pemandu FFC.

Sembilan rakyat Malaysia yang terlibat adalah Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin Mohd Ali, Dr Fauziah Hassan, Dr Hafiz Sulaiman, Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi, Syafik Shukri Abdul Jalil, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, Dr Noorhasyimah Ismail, Norsham Abu Bakar dan Dr Maziah Mohammad.

*OLEH : HANUM RAJAK

Get real time updates directly on you device, subscribe now.