16 OKT : Kabinet akan membuat keputusan selepas perbincangan terperinci dijalankan berkait beberapa insiden melibatkan kes rogol dan tikam hingga mati yang berlaku di sekolah, baru-baru ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perbincangan akan berlangsung esok ketika mesyuarat jemaah menteri.
“Esok kita akan bincang dalam Kabinet, secara terperinci. Saya sudah berbincang secara ringkas dengan menteri dan beberapa pihak.
“Kita akan buat keputusan esok,” katanya selepas menghadiri Majlis Perasmian Bersama Mesyuarat ke-43 Menteri Tenaga ASEAN dan Mesyuarat Berkaitannya serta Forum Perniagaan Tenaga ASEAN 2025, hari ini.
Hari ini, dua daripada empat pelajar lelaki didawa di Mahkamah Juvana Alor Gajah atas petuduhan merogol seorang pelajar Tingkatan Tiga di sebuah kelas di Melaka, minggu lalu.
Semalam, seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun direman tujuh hari selepas disyaki menikam mati seorang pelajar perempuan 16 tahun di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya.
Terbaharu, empat remaja termasuk tiga pelajar sekolah di Baling, Kedah ditahan selepas disyaki merogol secara berkumpulan seorang pelajar dalam sekolah berkenaan.
Lebih keji apabila perbuatan itu dirakam dan disebarkan ke media sosial.