nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bina daya tahan emosi anak sebelum didedah kepada media sosial

17 OKT : Pendedahan awal kepada media sosial boleh menjadi cabaran besar bagi kanak-kanak yang belum matang dari segi emosi kerana ia mendedahkan mereka kepada pelbagai tekanan dan pengaruh negatif.

Pakar Psikologi Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Madya Dr Fauziah Mohd Saad berkata daya tahan emosi perlu dibentuk lebih awal bagi membolehkan kanak-kanak mengawal tindak balas terhadap perbandingan sosial, komen kasar dan budaya penilaian diri yang sering berlaku di media sosial.

Menurutnya, ia bukan sahaja membantu anak-anak mengurus emosi negatif seperti marah, kecewa atau sedih malah membina jati diri kukuh agar mereka tidak mudah terpengaruh dengan trend atau norma luar.

“Kanak-kanak yang belum mencapai kematangan emosi sepenuhnya mungkin menghadapi cabaran besar apabila terdedah terlalu awal kepada media sosial.

“Justeru, daya tahan emosi amat membantu mereka untuk mengurus perbandingan sosial dan tekanan untuk kelihatan sempurna seperti yang dipaparkan di media…apabila ia dibina lebih awal, anak-anak akan lebih bersedia menghadapi realiti dunia digital yang sering dipenuhi tekanan halus dan pengaruh tidak disedari,” katanya kepada BBCPORTAL.

Terdahulu, kerajaan mengambil tindakan tegas bagi melindungi keselamatan digital golongan muda dengan melarang kanak-kanak berumur bawah 13 tahun daripada membuka akaun media sosial.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengumumkan langkah ini mewajibkan semua platform media sosial melaksanakan pengiktirafan dan pengesahan identiti pengguna bagi mengelak akaun disalahgunakan oleh individu bawah umur.

Prof Madya Dr Fauziah Mohd Saad (kiri) dan Siti Fatimah Abdul Ghani

Sehubungan itu, Fauziah berkata ibu bapa memainkan peranan penting sebagai pelindung dan contoh utama dalam membantu anak mengurus tekanan serta keinginan untuk mendapatkan pengiktirafan dalam talian.

“Ibu bapa boleh berperanan sebagai pelabuhan selamat bagi anak dengan mendidik mereka tentang nilai kendiri sebenar bahawa harga diri bukan ditentukan oleh jumlah ‘likes’ atau ‘followers’ tetapi oleh siapa mereka sebagai individu.

“Selain itu, ibu bapa juga perlu membina keseimbangan antara masa di alam maya dan aktiviti kehidupan sebenar serta menjadi model teladan dalam mengurus emosi dan tekanan ketika menggunakan teknologi kerana anak akan meniru sikap tersebut,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Psikologi Kanan, Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Siti Fatimah Abdul Ghani berkata komunikasi terbuka antara ibu bapa dan anak memainkan peranan penting dalam mencegah penggunaan media sosial secara rahsia atau tidak terkawal kerana ia mampu mewujudkan kepercayaan dan rasa selamat.

Katanya, apabila ibu bapa bersikap terbuka dan tidak menghukum, anak-anak akan lebih selesa berkongsi pengalaman atau masalah yang mereka hadapi dalam talian sekaligus mengurangkan kecenderungan untuk menyembunyikan akaun atau aktiviti digital.

“Melalui komunikasi yang baik, ibu bapa dapat memahami dunia digital anak termasuk aplikasi, kandungan dan rakan-rakan maya yang mereka berinteraksi…membolehkan bimbingan dibuat bagi keputusan bijak dalam penggunaan media sosial.

“Perbincangan terbuka juga membantu membentuk sikap bertanggungjawab dalam kalangan anak-anak kerana mereka lebih berhati-hati apabila mengetahui risiko buli siber, penipuan atau ketagihan media sosial tanpa rasa dikongkong,” katanya.

OLEH : AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.