nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia sudah ada akta kukuh lindungi kanak-kanak dalam talian

17 OKT : Cadangan melarang kanak-kanak bawah 13 tahun memiliki akaun media sosial mendapat pelbagai reaksi dengan ada yang menyokong demi keselamatan anak-anak namun ada juga yang bimbang tentang pelaksanaannya.

Meskipun kes buli siber dan eksploitasi kanak-kanak semakin membimbangkan, Malaysia sebenarnya sudah memiliki kerangka undang-undang yang kukuh bagi memastikan keselamatan mereka di ruang digital termasuk dalam usaha mengehadkan akses media sosial kepada bawah umur.

Pakar Undang-Undang dan Perlembagaan Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Dr Khairil Azmin Mokhtar berkata Akta Keselamatan Dalam Talian 2024 (Akta 854) yang diluluskan tahun lalu dijangka memperkukuh lagi perlindungan terhadap kanak-kanak apabila dikuat kuasa kelak.

Katanya, undang-undang berkenaan adalah satu langkah penting bagi memastikan kanak-kanak dapat menggunakan ruang digital secara selamat dan bertanggungjawab seiring dengan cadangan larangan akaun media sosial bagi bawah umur 13 tahun.

“Akta ini akan memperkenalkan had umur akses, memperketat proses verifikasi pengguna dan mewajibkan platform media sosial menapis kandungan berbahaya.

“Ia juga memperluas kuasa penguatkuasaan serta pelaporan bagi menangani ancaman moden seperti buli siber, eksploitasi seksual dalam talian, penipuan serta kandungan seksual kanak-kanak,” katanya kepada BBCPORTAL.

Selain akta tersebut, Khairil berkata pelbagai undang-undang sedia ada turut boleh digunakan untuk melindungi kanak-kanak daripada ancaman digital seperti pengantunan, buli siber dan eksploitasi seksual.

Katanya, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan larangan terhadap penyebaran kandungan lucah, jelik atau bersifat mengancam serta Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) boleh digunakan untuk menangani penderaan fizikal, seksual dan emosi yang turut berlaku di platform digital.

“Satu lagi undang-undang yang berkaitan ialah Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) yang walaupun tidak secara khusus menyebut mengenai perlindungan di ruang digital, namun beberapa peruntukannya boleh digunakan untuk melindungi kanak-kanak daripada penderaan fizikal, seksual dan emosi yang kini turut berlaku melalui platform dalam talian.

“Contohnya Seksyen 31 yang melarang penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak kepada bahaya termasuk penderaan dalam talian seperti buli siber, pengantunan dan pemerasan seksual yang boleh ditafsir sebagai bentuk penderaan emosi atau seksual,” katanya.

Dalam pada itu, Khairil menjelaskan Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) juga menjadi langkah penting dalam melindungi kanak-kanak daripada penderaan seksual termasuk di dalam talian.

Katanya, dengan adanya peruntukan ini, kegiatan pengantunan dalam talian boleh ditangani secara undang-undang kerana ia memberi kuasa kepada pihak berkuasa untuk mengesan, mendakwa dan menghukum individu yang menjadikan kanak-kanak sebagai mangsa melalui komunikasi di Internet.

“Akta itu digubal khas untuk menangani pelbagai bentuk kesalahan seksual terhadap kanak-kanak, sama ada berbentuk fizikal atau bukan fizikal termasuk pengantunan, penghasilan atau perkongsian bahan pornografi kanak-kanak, komunikasi seksual, persembahan seksual oleh kanak-kanak serta pemerasan seksual,” katanya.

OLEH: AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.