nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MCMC cadang seorang rakyat dibenar ada 2 nombor telefon sahaja

22 OKT : Kerajaan bercadang untuk membenarkan seorang warganegara Malaysia hanya memiliki dua nombor sahaja bagi setiap syarikat telekomunikasi.

Justeru itu, Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menjalankan rundingan awam bagi garis panduan pendaftaran kad SIM prabayar itu.

Menurutnya, dalam kajian itu juga terdapat cadangan yang membenarkan warga asing hanya memiliki dua nombor prabayar bagi semua syarikat telekomunikasi.

Kata Nie Ching, proses rundingan itu dijangka selesai hujung bulan depan dan garis panduan baharu itu disasarkan dapat dikuat kuasa pada suku pertama tahun hadapan.

“Dengan mengetatkan garis panduan ini, kita berharap dapat mengurangkan penyalahgunaan kad SIM prabayar yang sering digunakan untuk mendaftar akaun media sosial bagi tujuan penipuan, penyebaran maklumat palsu atau ugutan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Nie Ching lagi, sejak 2017, setiap individu dibenarkan untuk memiliki sehingga lima nombor prabayar bagi setiap syarikat telekomunikasi.

“Ini bermaksud seseorang boleh mempunyai lima nombor daripada Maxis, lima daripada Celcom, lima daripada Digi, lima daripada U Mobile dan lima daripada YTL.

“Ini menjadikan jumlah nombor kad SIM yang agak besar untuk individu,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Dr Mohammed Taufiq Johari (PH-Sungai Petani) berhubung cadangan kerajaan merangka dasar penggunaan kecerdasan buatan secara beretika dan langkah mengukuhkan keupayaan forensik digital di bawah MCMC.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.