nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Perjanjian perdagangan Malaysia-AS akan dimuktamad

25 OKT : Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) dijangka memuktamadkan perjanjian perdagangan tidak lama lagi.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata proses semakan undang-undang sedang berjalan sebelum ia dimukamatkan.

“Kita masih ada 24 jam lagi. Kami optimis. Kalangan peguam sedang terlibat di peringkat ini jadi, banyak semakan undang-undang sedang dibuat. Saya berpandangan dengan adanya perjanjian ini, ia akan memberi kepastian mengenai banyak isu yang dibangkitkan oleh pelabur dan syarikat,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada sesi bual bicara di Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan ASEAN (ABIS) 2025 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), hari ini.

Tengku Zafrul berkata perbincangan dengan AS berkait tarif timbal balas mengikut Seksyen 232 Akta Perluasan Perdagangan 1962 AS, manakala rundingan khusus mengenai sektor termasuk semikonduktor dan farmaseutikal masih diteruskan.

“Malah telah ada pengumuman bagi sektor farmaseutikal tetapi perkara itu masih belum berkuat kuasa. Kita sedang berunding mengenai produk seperti yang ditakrifkan dalam senarai kadar tarif bagi farmaseutikal,” katanya.

Beliau turut mengulangi sokongan berterusan Malaysia dan ASEAN kepada multilateralisme meski menghadapi peningkatan langkah dasar perlindungan.

Katanya, ASEAN akan menandatangani dua perjanjian perdagangan utama iaitu Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN dan Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China.

Selain itu katanya,Malaysia juga sedang meneruskan usaha kerjasama baharu dalam rantaian bekalan nadir bumi global dengan mengenakan sekatan eksport mineral penting bagi menggalakkan pelaburan dalam logistik dan hiliran.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.