Tentera Israel serbu Tebing Barat, lempar bom tangan, culik penduduk
25 OKT : Tentera rejim Israel dilapor melancarkan beberapa siri serbuan di kawasan-kawasan sekitar Tebing Barat.
Puluhan penduduk dulaporkan cedera dengan sebahagiannya diculik tentera rejim.
Menurut laporan yang memetik Palestine Information Center (PIC), ramai penduduk berdepan masalah sesak nafas susulan serangan gas pemedih mata termasuk di kawasan rumah di Beit Ummar, utara al-Khalil (Hebron).
Serbuan turut dibuat ke atas kampung al-Burj di selatan al-Khalil di mana tentera Israel melepaskan bom tangan dan gas pemedih mata ke arah penduduk tempatan yang menyebabkan ramai cedera.
Dalam kejadian di bandar al-Bireh, tentera zionis melepaskanm gas pemedih mata dan bom tangan yang menyebabkan kebakaran di sebuah bangunan komersial.
Seorang remaja turut diculik dalam kejadian itu.
Sementara dua pemuda diculik dan beberapa lagi ditahan ketika tentera menyerbu kompleks beli-belah di bandar Silwad, timur laut Ramallah.
Di bandar Tubas, seorang pemuda ditangkap berhampiran sebuah restoran.
Tentera rejim turut melepaskan tembakan peluru hidup ketika bertempur dengan sekumpulan pemuda Palestin.
*Foto : Mosab Shawer /Activestills