nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia sedia sertai misi pengaman PBB ke Gaza

26 OKT : Malaysia menyatakan kesediaan untuk menyertai Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Gaza bersama negara-negara sehaluan termasuk dalam kalangan anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan hasrat itu sudah disampaikan kepada Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres dalam mesyuarat dua hala yang diadakan di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.

“Malaysia turut menegaskan pendirian teguh terhadap perjuangan Palestin serta mengalu-alukan pendirian konsisten PBB dan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang menegaskan bahawa sekatan rejim Israel terhadap bantuan kemanusiaan di Gaza melanggar undang-undang antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri.

Menurut Anwar, pertemuan dengan Guterres itu bagi memperkukuh kerjasama antara Malaysia-PBB termasuk di bawah kerangka ASEAN-PBB.

Selain itu, Anwar turut menegaskan komitmen Malaysia untuk memperkasakan Visi Komuniti ASEAN 2045 seiring dengan Agenda Pembangunan Mampan 2030 melalui pelaksanaan Complementarities Initiative 2.0.

Selain itu, Anwar dan Guterres turut meyentuh usaha memperkukuh agenda perubahan iklim global termasuk penyerahan Sumbangan Ditentukan Negara (NDC) 3.0 Malaysia menjelang Persidangan Pihak-Pihak ke-30 (COP30) di Brazil.

“Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan PBB dalam memperjuangkan keamanan, keadilan dan pembangunan mampan sejagat,” kata Anwar.

*FOTO : PEJABAT PERDANA MENTERI MALAYSIA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.