nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Halal kekal kuasa JAKIM, tidak ditentukan AS

29 OKT : Standard halal merupakan garis merah yang tidak pernah dikompromi kerajaan dalam rundingan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dengan Amerika Syarikat (AS).

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata melalui perjanjian itu, proses bagi kelulusan pengimportan produk halal dari AS kekal seperti sedia ada.

Kata Tengku Zafrul, dalam perjanjian tersebut hanya produk halal yang mendapat pengesahan halal dari badan pensijilan halal AS yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan memenuhi keperluan halal Malaysia sahaja akan dibenarkan dieksport ke negara ini.

“Ini bermakna, kawalan penuh terhadap standard, penentuan kriteria dan pengiktirafan halal kekal berada di bawah bidang kuasa JAKIM. Tiada sebarang kelonggaran terhadap piawaian atau prosedur halal Malaysia.

“Jadi ada yang menyatakan kononnya standard halal kita akan ditentukan AS, ia adalah tidak benar kerana standard halal Malaysia ditentukan Malaysia, disahkan JAKIM dan dipelihara umat Islam di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Kenyataan Menteri mengenai ART Malaysia-AS di Dewan Rakyat, hari ini.

Pada sesi sama, Tengku Zafrul menolak dakwaan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dipaksa membeli gas asli cecair (LNG) dari Amerika Syarikat (AS).

Tegasnya, keputusan pembelian LNG tersebut dibuat atas pertimbangan komersial syarikat itu sendiri dan tidak melibatkan sebarang arahan politik.

Menurutnya, pembelian LNG dari negara lain itu sudah dilakukan sebelum ini yang merupakan strategi komersial untuk memastikan kestabilan bekalan serta memenuhi komitmen kontrak domestik dan antarabangsa.

“Perolehan LNG daripada negara pengeluar lain termasuk dari AS akan membolehkan Petronas mengoptimumkan bekalan dan memastikan penghantaran yang stabil kepada pelanggan.

“Ini bukan arahan politik daripada Washington. Ini keputusan komersial Petronas untuk memastikan bekalan stabil, kontrak ditunaikan dan negara tidak berdepan krisis tenaga.

“Negara berdaulat mesti ada sumber dan pilihan tenaga yang pelbagai, itu namanya keselamatan tenaga, bukan kebergantungan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.