29 OKT : Israel terus-menerus melanggar perjanjian gencatan senjata yang dicapai dengan melancarkan serangan udara ke atas Gaza.
Pejabat Perdana Menteri Israel dalam satu kenyataan ringkas memaklumkan Benjamin Netanyahu mengarahkan tentera melancarkan serangan segera dan berkuasa ke atas Semenanjung Gaza.
CNN melaporkan, Washington sudah dimaklumkan tentang tindakan itu.
Dakwa Israel, Hamas melanggar perjanjian gencatan senjata rai dengan menyerang pasukan rejim itu di timur Garisan Kuning dengan menggunakan pelancar bom tangan (RPG) dan penembak tepat.
Garisan Kuning merupakan sempadan antara kawasan yang diduduki Israel dan wilayah Gaza.
Namun kumpulan pejuang Hamas menafikan dakwaan itu dan mengecam tindakan Israel sambil menegaskan komitmen terhadap perjanjian gencatan senjata yang dimetrai.
Pasukan Pertahanan Awam Gaza berkata dalam serangan udara dilancarkan Israel di kawasan kejiranan Al-Sabra, Gaza City mengorbankan sekurang-kurangnya tiga wanita dan seorang lelaki.
Sementara di Khan Younis, sekurang-kurangnya lima terbunuh termasuk dua kanak-kanak dan seorang wanita.