nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Mana mungkin Malaysia sampai tahap jual kedaulatan negara

29 OKT : Kerajaan MADANI tegas menafikan dakwaan kononnya perjanjian perdagangan yang dimetrai dengan Amerika Syarikat (AS) menjejaskan kedaulatan negara.

Jurucakapnya, Datuk Fahmi Fadzil berkata Kabinet tidak mungkin membiarkan perkara itu berlaku.

Tegasnya, setiap perjanjian itu dimeterai kerajaan setelah penelitian rapi termasuk melibatkan Jabatan Peguam Negara (AGC).

“Tidak mungkin Kabinet atau jemaah menteri akan bersetuju dengan mana-mana perjanjian yang menjejaskan kedaulatan negara.

“Semua perjanjian akan diteliti oleh AGC terlebih dahulu kerana fungsi dan tanggungjawab AGC adalah menasihati kerajaan.

“Mana mungkin Malaysia sampai ke tahap menjual kedaulatan negara. Ini mustahil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jasamu Dikenang Kementerian Komunikasi 2025, hari ini.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi menyifatkan tuduhan dilempar itu sebagai tidak berasas dan mengelirukan rakyat.

“Kedaulatan negara tidak pernah tergadai. Satu-satunya ketika ia tercabar ialah sewaktu Pulau Batu Puteh dilepaskan dan itu amat dikesali.

“Selain daripada itu, tidak pernah berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih dan merujuk sumber rasmi kerajaan bagi sebarang ketidakpastian.

Melalui Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) itu, Malaysia bersetuju memberi akses pasaran keutamaan kepada eksport barangan perindustrian AS, termasuk bahan kimia, jentera, kelengkapan elektrik, logam dan kenderaan penumpang juga produk pertanian.

Sebagai timbal balas, AS akan mengekalkan tarif 19 peratus terhadap barangan import Malaysia dan beberapa produk terpilih menikmati kadar sifar di bawah kategori rakan kongsi sejajar.

Selain itu, Malaysia bersetuju untuk tidak mengenakan sekatan terhadap eksport mineral penting dan unsur nadir bumi ke AS.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.