nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

TVET semakin menjadi pilihan utama lepasan sekolah: Zahid

29 OKT : Trend pemilihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai laluan pendidikan selepas sekolah menengah kini menunjukkan peningkatan mendadak dalam kalangan pelajar di seluruh negara.

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ketika ini, sebanyak 1,398 institusi TVET di seluruh negara meliputi 12 kementerian di bawah Kerajaan Persekutuan serta institusi kendalian kerajaan negeri dan swasta mencatat peningkatan jumlah pelajar sekolah dan lepasan sekolah menengah daripada 190,000 tiga tahun lalu kepada 439,000 orang.

Katanya, penyertaan pelajar dalam bidang TVET ketika ini dengan sebahagian besarnya terdiri daripada pelajar luar bandar dijangka mencetus perubahan besar terhadap landskap dan hala tuju ekosistem pendidikan negara pada masa depan.

“Peningkatan ketara jumlah pelajar yang memilih TVET ketika ini didorong oleh pelbagai faktor termasuk perubahan dalam ekosistem pendidikan negara serta prospek kebolehpasaran dan gaji permulaan yang menjanjikan masa depan lebih terjamin.

“Kita telah memperkenalkan satu anjakan baharu dalam sistem pendidikan negara dengan meninggalkan pendekatan konvensional yang menekankan laluan akademik semata-mata seperti Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) sebelum melangkah ke universiti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Chit Chat MADANI anjuran Kelab Penyokong Kerajaan MADANI (Backbenchers Club-BBC) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi di Bangunan Parlimen, hari ini.

Program yang bertemakan ‘Membandarkan Desa dan Migrasi Belia: Apa Kata Legislatif?’ itu menampilkan barisan panelis terdiri daripada ahli Parlimen (BN-Tampin), Datuk Mohd Isam Mohd Isa; Syahredzan Johan (PH-Bangi) dan Zahir Hassan (PH-Wangsa Maju).

Sehubungan itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan menjangka kadar penyertaan pelajar lepasan sekolah dalam bidang  TVET yang kini berada pada tahap 53.9 peratus akan terus meningkat sehingga mencecah 70 peratus menjelang akhir Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Katanya, graduan TVET berkelulusan SKM Tahap 3 menerima gaji permulaan sekitar RM2,500 berbanding gaji minimum RM1,700 menjadikan bidang ini terus diberi keutamaan oleh kerajaan.

“Sejak saya diberi tanggungjawab mempengerusikan Majlis TVET Negara, peruntukan bagi bidang ini yang melibatkan 12 kementerian pada awalnya berjumlah RM6.8 bilion dan jumlah itu kemudiannya meningkat kepada RM7.5 bilion setahun selepas itu.

“Seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia akan bertambah lagi kepada RM7.9 bilion tahun hadapan…ini jelas menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan TVET khususnya untuk memberi manfaat kepada pelajar luar bandar,” katanya.

Program Chit Chat MADANI merupakan siri yang ke 7 bersama KKDW yang disertai seramai 250 orang pelajar terdiri daripada pelajar institusi pendidikan di bawah KKDW iaitu dari Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM), Institusi di bawah FELCRA dan institusi di bawah MARA.

*Foto : Facebook Zahid Hamidi

Sementara Pengerusi BBC, Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata ia diadakan sebagai program interaktif dalam membudayakan perkongsian intelektual dan pertukaran idea secara santai Ahli-Ahli Parlimen Kerajaan MADANI dan golongan muda.

Katanya, susulan sambutan yang memberangsangkan, BBC merancang untuk meluaskan penyertaan Chit Chat MADANI melalui kerjasama strategik dengan kementerian lain pada masa akan datang.

“Alhamdulillah, program Chit Chat MADANI bersama BBC pada hari ini berlangsung dengan jayanya…program pada hari ini juga diserikan lagi dengan perasmian oleh Ahmad Zahid yang juga merupakan Menteri KKDW.

“Insya-Allah, susulan sambutan yang memberangsangkan ini, pihak BBC akan meluaskan lagi penyertaan Chit Chat MADANI ini menerusi kerjasama strategik bersama kementerian-kementerian lain pula selepas ini,” katanya melalui satu hantaran di Facebook, hari ini.

Selain berkongsi idea, Chit Chat MADANI turut memberi pendedahan langsung kepada pelajar tentang proses perundangan dan kepimpinan serta memberi peluang kepada mereka untuk bertanya dan berbincang mengenai isu-isu semasa yang dihadapi.

OLEH: AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.