nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

40% hasil Sabah: Kerajaan hanya rayu alasan penghakiman

13 NOV : Kerajaan Persekutuan akan memfailkan rayuan bagi memadamkan alasan penghakiman Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu dalam isu tuntutan 40 peratus hasil bersih Sabah yang menyatakan kerajaan negeri dan Persekutuan sejak 1974 bertindak tidak berperlembagaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan rayuan itu hanya berkaitan alasan penghakiman yang mendakwa kajian semula pemberian khas selepas 2021 menyalahi undang-undang, tidak rasional serta mengaitkan kesilapan besar kerajaan sejak 1974.

Beliau menegaskan rayuan itu tidak melibatkan keputusan pemberian khas 40 peratus hasil Sabah.

Mengulas lanjut, Anwar berkata alasan penghakiman itu seolah-olah menggambarkan semua kerajaan termasuk yang dipimpin Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad serta kerajaan negeri di bawah Tun Datu Mustapha Datu Harun dan Tun Fuad Stephens bertindak terlanjur, tidak rasional dan tidak mengikut prosedur sejak 1974.

“Keputusan (mahkamah) kita ketepikan Perlembagaan negara, satu keputusan yang mesti dirayu kerana kita mengharapkan ia dibatalkan mahkamah atas sudut tuduhan keras ke atas semua kerajaan sejak 1974.

“Ini satu keputusan yang sangat serius sebab itu saya harap ahli Parlimen baca alasan penghakiman (dibuat Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu) kerana ini berbeza. Saya tak mahu ini jadi polemik dalam isu 40 peratus (pemberian khas),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN–Paya Besar) mengenai rasional keputusan kerajaan untuk tidak merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, sebaliknya hanya terhadap alasan penghakiman yang mempunyai kecacatan serta implikasi keputusan itu.

Anwar menegaskan, Kerajaan Persekutuan tidak boleh berdiam diri apabila dituduh bertindak tidak berperlembagaan sejak 1974.

“Apakah kita boleh berdiam tanpa membatalkan rekod yang mengatakan terlanjur, tidak rasional, terdapat ketidakaturan dari segi prosedur serta tidak berkadaran.

“Ini belum pernah berlaku keputusan (dibuat) mahkamah sebegitu keras dan melibatkan seluruh kerajaan sejak 1974,” katanya.

Sebelum ini, Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan pihaknya memberikan nasihat kepada jemaah menteri mengenai kecacatan dalam alasan penghakiman tersebut.

Antara yang dibangkitkan ialah dakwaan bahawa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah menyalahgunakan kuasa serta melanggar kewajipan Perlembagaan tuduhan yang boleh menjejaskan semua kerajaan sejak 1974.

Selain itu, alasan penghakiman turut menyatakan bahawa Kajian Semula selepas 2021 adalah menyalahi undang-undang, tidak rasional serta mempunyai ketidakaturan dari segi prosedur.

Pada 17 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memutuskan Kerajaan Persekutuan mempunyai kewajipan untuk mengadakan semakan dan membayar semula tuntutan 40 peratus hasil bersih yang diperoleh dari Sabah seperti termaktub di bawah Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.