13 NOV : Kerajaan menegaskan keputusan dibuat berkait isu pemberian khas 40 peratus Sabah tiada kaitan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 di negeri itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan itu dibuat secara kolektif selepas perbincangan mendalam dalam beberapa mesyuarat
menegaskan tindakan Kerajaan Persekutuan untuk tidak merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung pemberian khas 40% hasil kepada Sabah tidak ada kaitan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 di negeri itu.
“Keputusan itu adalah kolektif melalui berbelas kali mesyuarat dengan saya sendiri mempengerusikannya serta juga dipengerusikan Datuk Seri Fadillah (Timbalan Perdana Menteri) di Kuching, Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Konvensyen Pengajian Islam Institut Pengajian Tinggi (IPT) Antarabangsa 2025 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), hari ini.
Semalam, Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan Kerajaan Persekutuan tidak akan merayu keputusan Mahkamah Tinggi berhubung pemberian khas 40% hasil kepada Sabah dan memulakan rundingan dengan kerajaan negeri.
Namun, Kerajaan Persekutuan akan merayu terhadap kecacatan dalam alasan penghakiman, walaupun tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan keseluruhan.
Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PRN Sabah berlangsung pada 29 November ini dengan penamaan calon pada 15 November dan pengundian awal 25 November.