13 NOV : Tiada syarat baharu ditambah untuk calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-17.
Penegasan itu dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) susulan berita palsu tersebar.
Berita itu mendakwa SPR menetapkan syarat tambahan baharu untuk mewajibkan calon membuat semakan cukai pendapatan di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai syarat tambahan kedua kelayakan calon.
“Maklumat tersebut adalah palsu. Harap maklum,” menurut suruhanjaya itu dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.
Berita palsu itu disebarkan melalui aplikasi WhatsApp.
Sebelum ini, SPR mengumumkan PRN Sabah berlangsung pada 29 November ini dengan penamaan calon pada 15 November dan pengundian awal 25 November.