nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Anwar-Trump bincang isu sempadan Kemboja-Thailand

14 NOV : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbincangan dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkait konflik di sempadan Kemboja-Thailand yang meruncing sejak minggu lalu.

Anwar berkata kedua-dua negara itu menunjukkan komitmen tinggi untuk mengekalkan dialog dan usaha diplomatik sebagai kaedah penyelesaian terbaik.

“Saya telah mengadakan perbincangan dengan Presiden AS, Donald Trump sebentar tadi bagi membincang perkembangan terkini sempadan Kemboja-Thailand.

“Saya menzahirkan kesediaan Kemboja dan Thailand untuk terus memilih ruang dialog dan usaha diplomatik sebagai jalan penyelesaian yang ampuh,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata kedua-dua negara telah mengambil langkah penting dengan mengundurkan ketumbukan tentera dari kawasan sempadan.

“Saya menegaskan bahawa kedua-dua negara telah mengundurkan ketumbukan tentera dari sempadan, seiring dengan pendekatan yang telah disepakati di bawah Kerangka Perjanjian Damai Kuala Lumpur,” katanya.

Perdana Menteri turut mengalu-alukan peranan aktif Trump yang sebelum ini menghubungi Perdana Menteri Kemboja dan Thailand bagi meredakan ketegangan.

“Lantaran itu, saya mengalu-alukan peranan aktif Presiden Trump yang turut menghubungi Perdana Menteri Kemboja dan Thailand demi memastikan apa jua perbezaan ditangani dengan tertib demi menjamin kestabilan dan keharmonian serantau,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.