nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Penguatkuasaan tidak cukup untuk kawal risiko AI : MCMC

15 NOV : Usaha mengawal Internet atau kandungan berasaskan kecerdasan buatan (AI) tidak boleh bergantung kepada penguatkuasaan semata-mata kerana ruang digital bersifat terbuka dan sentiasa berubah.

Timbalan Pengarah Urusan (Pembangunan), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Eneng Faridah berkata kerjasama antara pendidikan awam, industri dan platform media sosial menjadi komponen penting dalam memastikan keselamatan pengguna.

Katanya, perkembangan pesat teknologi termasuk peningkatan penggunaan AI dan fenomena ‘deepfake’ memerlukan strategi baharu yang tidak boleh bersandar kepada pendekatan kawal selia semata-mata.

“Dengan teknologi yang sentiasa berkembang dan kemunculan aplikasi baharu, cabaran terbesar ialah pendidikan awam iaitu bagaimana untuk memastikan orang ramai berminat dan peka dengan mesej berkaitan keselamatan digital…walaupun terdapat kempen Internet Selamat, apa yang lebih penting ialah penglibatan semua pihak dan ia merupakan cabaran utama.

“Namun, berada di barisan hadapan mengadakan peraturan langkah kawal selia juga amat penting…tetapi sehingga tahap mana kita mampu mengawal internet? Sesiapa yang cuba mengawal sepenuhnya pasti akan gagal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam sesi perbincangan mengenai Kuasa dan Tanggungjawab: Mengemudi Pengaruh dalam Dunia Sintetik sempena Global Public Relations Conference & Festival 2025 (GPRCFMY 2025) di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Justeru itu, Eneng berkata bagi memastikan ruang maya lebih selamat dan terjamin untuk semua pengguna, MCMC telah memperkenalkan Akta Keselamatan Dalam Talian yang dijangka berkuat kuasa 1 Januari tahun depan atau sekitar suku pertama bagi memperkukuh tanggungjawab penyedia teknologi dan platform digital.

“Ini termasuk kewajipan mengenal pasti dan melabel kandungan AI kerana ia bukan perkara yang kerajaan boleh lakukan secara sendiri… pihak yang turut bertanggungjawab ialah pencipta kandungan dan platform yang membenarkan kandungan itu diterbitkan.

“Jadi, ia penting untuk memastikan penglibatan semua pihak…ia juga terpakai kepada pengamal perhubungan awam kerana dalam kerja mereka pun wujud elemen tersebut.

“Saya rasa sangat penting kita semua menyokong usaha ini demi masa depan generasi akan datang,” katanya.

Eneng turut menekankan bahawa portal semakan fakta kini amat penting bagi rakyat Malaysia dalam menghadapi penyebaran berita palsu dan kandungan rekaan yang semakin meluas dengan kemunculan AI.

Menurutnya, portal semakan fakta bukan sahaja membantu pengamal media tetapi juga mendidik orang ramai di mana kandungan viral boleh tersebar dengan pantas namun cepat hilang apabila masyarakat lebih bijak dan berhati-hati menilai kebenarannya.

“Portal sebenarnya.my yang dibangunkan sejak 2017 merupakan salah satu langkah utama MCMC dalam menangani maklumat palsu…ia sangat penting untuk mendidik orang ramai kerana kandungan viral boleh naik dengan sangat cepat tetapi ia juga boleh turun dengan cepat.

“Rakyat Malaysia kini lebih bijak dan berhati-hati berbanding dahulu walaupun pada peringkat awal kandungan yang dijana AI boleh kelihatan sangat meyakinkan kerana bahasa dan gaya penyampaian hampir menyerupai manusia serta sukar dikesan ketulenannya.

“Namun pada akhirnya, manusia tetap menjadi penilai dan dengan tabiat semakan yang baik, kita mampu membezakan sama ada sesuatu itu benar atau tidak,” katanya.

OLEH : AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.