15 NOV : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menasihatkan pengguna media sosial agar sentiasa beretika dan bertanggungjawab ketika berkongsi kandungan, khususnya sepanjang musim pilihan raya.
Suruhanjaya itu menegaskan perbezaan pandangan politik merupakan sebahagian daripada amalan demokrasi, namun hendaklah dizahirkan secara sopan, berhemah dan tidak melanggar undang-undang.
“Platform digital perlu digunakan sebagai saluran untuk menyebar maklumat yang sahih dan membina, bukan tempat menabur kebencian, hasutan atau penghinaan terhadap mana-mana pihak yang boleh menjejaskan keharmonian dan kestabilan negara,” menurut MCMC dalam satu kenyataan, hari ini.
Dalam pada itu, MCMC memaklumkan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], penggunaan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi bagi menyebarkan kandungan berunsur hasutan, penghinaan terhadap agama, kaum atau Institusi Diraja (3R) serta kandungan lucah, palsu, mengancam atau jelik melampau adalah dilarang.
Katanya, sabit kesalahan, individu boleh didenda sehingga RM500,000 atau dipenjara maksimum dua (2) tahun, atau kedua-duanya sekali.
“MCMC akan mengambil tindakan tegas termasuk siasatan dan penguatkuasaan terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang.
“MCMC turut bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan akauntabiliti serta ketenteraman awam terpelihara,” kata MCMC.
PRN ke-17 yang bermula hari ini menyaksikan 596 calon bertanding bagi merebut 73 Dewan Undangan Negeri (DUN).
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 15 November sebagai hari penamaan calon manakala 25 November hari undi awal dan 29 November hari pengundian.
Seramai 1,784,843 pengundi layak mengundi dalam PRN kali ini terdiri daripada 1,760,417 pengundi biasa, 11,697 anggota tentera dan pasangan serta