nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jenayah pelajar: Perlu revolusi institusi pendidikan

19 NOV : Institusi pendidikan perlu direvolusi ke arah menitik beratkan elemen kemanusiaan, moral dan kesedaran undang-undang, ekoran beberapa kejadian jenayah melibatkan golongan pelajar juga siswazah.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menitahkan perkara itu ketika menyempurnakan Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-103 di UiTM Shah Alam, hari ini.

Baginda bertitah, perkara itu merupakan tanggungjawab sosial semua lapisan masyarakat.

“Kita dikejutkan dengan kes jenayah berat yang melibatkan pelajar. Ini menimbulkan kebimbangan mengenai tahap moral, agama dan watak pelajar. Selain itu, imej institusi pendidikan negara turut tercalar.

“Pendidikan dan pembentukan moral tidak hanya berlaku di kampus mahupun di bilik darjah. Ianya hendaklah bermula dari rumah dalam setiap kehidupan seharian.

“Rumah adalah madrasah pertama bagi setiap insan. Ia tempat di mana anak-anak kita semenjak dari kecil dididik dengan nilai mulia, disiplin dan tanggungjawab kepada masyarakat.

“Saya berpandangan, sekolah dan institusi pelajaran perlu melalui revolusi pendidikan dengan menitikberatkan elemen kemanusiaan, moral dan kawalan emosi serta kesedaran undang-undang,” titah baginda yang disiarkan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini.

Sultan Ibrahim turut bertitah generasi muda hendaklah dipupuk ke arah pengendalian kemajuan dunia siber dengan berhemah.

“Pendedahan kepada kandungan ganas yang berterusan boleh meningkatkan sifat agresif.

“Namun, pada hemat saya, sekatan penggunaan teknologi digital terhadap pelajar tidak akan menyelesaikan masalah, di samping akan hanya mengganggu ekosistem pelajaran secara digital dan jarak jauh.

“Hakikatnya, tiada jalan singkat bagi menangani masalah sosial. Ianya memerlukan usaha padu semua pihak bermula dari rumah, sekolah, masyarakat, ahli politik dan kerajaan,” titah baginda.

*FOTO : FACEBOOK SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR

Get real time updates directly on you device, subscribe now.