nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Menara komunikasi perkukuh operasi di ICQS Lubok Antu

20 NOV :  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melaksanakan tinjauan tapak bagi pengoperasian menara komunikasi baharu di Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Lubok Antu, Sarawak, baru-baru ini.

Melalui satu kenyataan, MCMC memaklumkan menara yang menggunakan konsep perkongsian infrastruktur rangkaian MultiOperator Core Network (MOCN) ini direalisasikan melalui kerjasama strategik antara MCMC, Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) dengan penyedia rangkaian mudah alih utama negara iaitu Celcom Digi, Maxis, U Mobile, Unifi Mobile dan YES.

“Dibangunkan dalam tempoh kurang tiga bulan bermula Ogos 2025 dan siap sepenuhnya pada 5 November 2025, projek ini mencerminkan komitmen tinggi serta penyelarasan berkesan antara agensi Kerajaan Negeri Sarawak dan agensi Kerajaan Persekutuan bersama pemain industri komunikasi, sekali gus menyediakan liputan 4G yang lebih meluas dan stabil di kawasan sekitar ICQS Lubok Antu,” kata MCMC.

Menurut MCMC, peningkatan liputan ini akan memudahkan urusan pelancongan dan memperkukuh kecekapan operasi pentadbiran di ICQS.

Pada masa sama, ia juga mempermudah koordinasi rentas sempadan dengan pihak berkuasa Indonesia dalam mengurus sebarang situasi kecemasan yang melibatkan rakyat kedua-dua negara.

“Kejayaan inisiatif ini mencerminkan komitmen MCMC bersama Kerajaan Negeri Sarawak dan pemain industri dalam memperluas akses komunikasi mudah alih berkualiti serta memperkukuh keselamatan dan kesejahteraan rakyat di kawasan sempadan negara,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.