Trump luluskan pelan damai Rusia-Ukraine
20 NOV : Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump meluluskan pelan damai 28 perkara bagi menyelesaikan konflik antara Rusia dan Ukraine.
Pelan itu dirangka pegawai AS melalui siri rundingan dengan wakil Rusia dan Ukraine.
Menurut laporan Xinhua yang memetik NBC News, pelan berkenaan dibangunkan dengan penglibatan utusan khas Trump, Steve Witkoff; Naib Presiden JD Vance; Setiausaha Negara Marco Rubio serta menantu presiden, Jared Kushner.
Tiga pegawai AS turut memaklumkan kepada NBC bahawa rangka pelan itu masih perlu dibentangkan secara rasmi kepada kerajaan Ukraine.
Pemuktamadan draf pelan damai itu juga dibuat seiring dengan lawatan delegasi Tentera Darat AS ke Ukraine, yang tiba di Kyiv pada Rabu.