nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia-Kenya perkukuh kerjasama strategik

24 NOV : Malaysia dan Kenya melangkah ke fasa baharu hubungan dua hala dengan memperkukuh kerjasama merentasi pelbagai sektor strategik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pertemuan dengan Presiden Kenya, William Samoei Ruto memberi ruang kepada kedua-dua negara untuk meneliti bidang kerjasama yang berkembang pesat termasuk perdagangan, pelaburan, pertanian, industri halal, pendidikan, pembangunan modal insan dan teknologi digital.

“Saya dan Presiden William Samoei Ruto kemudiannya mengetuai delegasi masing-masing dalam mesyuarat dua hala bagi membincangkan secara lebih mendalam terkait hubungan serta kerjasama strategik antara Malaysia dan Kenya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Anwar, kedua-dua negara turut melihat potensi baharu dalam sektor tenaga boleh baharu, pembangunan bandar lestari dan industri kreatif.

“Kami meneliti pelbagai bidang kerjasama yang berkembang pesat…serta peluang baharu dalam sektor strategik seperti tenaga boleh baharu, pembangunan bandar lestari dan industri kreatif,” katanya.

Malaysia turut menyatakan komitmen menyokong aspirasi Kenya sebagai hab penting di Afrika Timur, selaras dengan agenda kerjasama Selatan-Selatan yang sentiasa ditekankan negara.

“Malaysia menyatakan kesediaan dan komitmen untuk terus menyokong aspirasi Kenya sebagai hab penting di Afrika Timur, khususnya dalam bidang digital, inovasi, TVET dan peningkatan kapasasi,” kata Perdana Menteri.

Kedua-dua pemimpin juga bertukar pandangan mengenai isu serantau dan global termasuk perkembangan di Palestin, Sudan, perubahan iklim serta reformasi sistem antarabangsa.

“Kami turut bertukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan global…serta keperluan mendesak bagi reformasi sistem antarabangsa agar lebih adil, inklusif dan benar-benar mencerminkan suara negara membangun,” katanya.

Dalam pertemuan itu, Malaysia turut menghargai peranan Kenya sebagai tuan rumah kepada pelbagai agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), khususnya dalam agenda pembangunan bandar mampan dan berdaya tahan.

Anwar turut merakamkan penghargaan atas layanan Presiden Ruto dan menjemput beliau melawat Malaysia.

“Saya menzahirkan penghargaan atas layanan mesra Presiden Ruto, dan turut menjemput beliau melakukan lawatan ke Malaysia sesegera mungkin bagi memperkukuh hubungan persahabatan ini,” katanya.

Kedua-dua pemimpin turut menyaksikan pertukaran dokumen yang bakal mengukuhkan hubungan kedua-dua negara dalam pelbagai sektor.

Antaranya, kerjasama dalam bidang pelancongan, perjanjian perkhidmatan udara dua hala, kolaborasi antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Nairobi City County serta memorandum persefahaman antara NCCIM dan KNCCI.

Anwar berkata semua perjanjian ini mencerminkan tekad kedua-dua negara untuk membina hubungan lebih progresif dan saling melengkapi.

“Setiap dokumen ini mencerminkan tekad kedua-dua negara untuk membina landskap hubungan yang lebih kukuh, progresif dan saling melengkapi,” katanya.

*FOTO : PEJABAT PERDANA MENTERI MALAYSIA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.