23 NOV : Tiada sebarang arahan dikeluarkan kepada ahli PKR berkait sokongan terhadap pertembungan calon sekutunya di Sabah, setakat ini.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata ketentuan akan dibuat kepimpinan pusat apabila sudah tiba masanya.
“Pada ketika ini, tiada arahan secara menyeluruh.
“Kami melakukannya mengikut kes berdasarkan siapa yang lebih berpeluang menang,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan E-Dagang ASEAN 2025 di ibu negara, hari ini.
Sekutu PKR-Pakatan Harapan (PH) iaitu Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) bertembung di beberapa kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
Kedua-duanya menolak untuk menjalin kerjasama tetapi memilih untuk bekerjasama dengan PH pada PRN Sabah ini.
Terdahulu, sebuah cawangan PKR di Sabah dilaporkan sudah menyatakan sokongan kepada calon BN di kerusi Tempasuk yang turut direbut calon GRS.
Hari pengundian PRN Sabah ditetapkan pada Sabtu ini dan pengundian awal berlangsung esok.
*FOTO : FACEBOOK FUZIAH SALLEH