25 NOV : Pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah hari ini merekodkan lebih 90 peratus pengundi awal menunaikan tanggungjawab mereka.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataan memaklumkan sebanyak 92.5 peratus atau 17,615 pengundi awal keluar mengundi, sebaik semua 58 pusat pengundian awal ditutup pada jam 5 petang.
Peratusan itu turut mengatasi sasaran 90 peratus yang ditetapkan SPR untuk proses pengundian awal PRN kali ini.
Menurut SPR lagi, seramai 8,347 anggota tentera bersama pasangan serta 10,696 anggota polis termasuk Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan mereka, layak mengundi awal pada pilihan raya kali ini.
Hari pengundian PRN Sabah ditetapkan berlangsung Sabtu ini dengan 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan.