nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Mungkin tunda PRN Sabah jika berlaku bencana serius

28 NOV : Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 esok mungkin akan ditunda atau ditangguhkan bergantung kepada keadaan cuaca.

Ini susulan perubahan cuaca yang mungkin menyebabkan berlaku bencana serius seperti

banjir besar, tanah runtuh atau terputus hubungan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata semua pengundi diminta keluar awal memandangkan keadaan cuaca yang tidak boleh dijangka.

“Seperti biasa kita minta para pengundi untuk keluar awal sebab kita tak boleh jangka cuaca dalam keadaan sekarang dan berdasarkan laporan MetMalaysia, esok juga akan ada berlaku hujan tapi diramalkan keadaan akan lebih serius pada sebelah petang.

“Jadi kita menggalakkan semua untuk keluar lebih awal dan sediakan baju hujan, payung dan sebagainya, jaga keselamatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena lawatan Semakan Isi Peti Undi di Dewan Seri Sulaman, Tuaran.

Menurutnya, sudah menerima taklimat cuaca daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) serta Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) tentang keadaan cuaca semasa.

Mengulas lanjut, Ramlan berkata tiada tambahan masa akan disediakan untuk proses pengundian kali ini sesuai dengan peraturan semasa kecuali jika berlaku bencana yang sangat serius.

“Kita jangka mungkin ada sedikit kesan terhadap peratusan keluar mengundi kerana cuaca. Namun tiada tambahan masa yang diberikan.

“Hanya jika berlaku keadaan terlalu serius seperti banjir besar, tanah runtuh atau kawasan terputus hubungan, SPR boleh menunda atau menangguhkan mengikut proses mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan,” katanya.

Mengambil kira keadaan cuaca, SPR mensasarkan peraturan keluar mengundi melebihi 60 peratus bagi PRN kali ini.

“Kita memang mengharapkan seramai mungkin boleh keluar, kalau berdasarkan pada pengundi awal, peratusan keluar pengundi lebih dari 90 peratus.

“Tetapi dengan cuaca begini, kita harapkan lebih 60 peratus akan keluar pengundi, itu berdasarkan kepada PRN16 yang lepas.

“Proses pengundian akan berlangsung antara 7.30 pagi hingga 5 petang, namun beberapa pusat pengundian di kawasan pulau akan ditutup lebih awal sekitar 12 tengah hari hingga 12.30 tengah hari mengikut keperluan logistik,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyeru lebih 1.7 juta pengundi berdaftar di Sabah untuk memanfaatkan peluang untuk memilih wakil rakyat masing-masing.

“Ambil langkah keselamatan sewajarnya dan keluarlah mengundi lebih awal,” katanya.

*FOTO : FACEBOOK SPR

Get real time updates directly on you device, subscribe now.