1 DIS : Pembentukan Kerajaan Negeri Sabah lengkap hari ini dengan majlis angkat sumpah jemaah yang berlangsung di Istana Seri Kinabalu.
Barisan kabinet diketuai Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor itu menampilkan komposisi tiga Timbalan Ketua Menteri dan tujuh Menteri.
Timbalan Ketua Menteri yang dilantik Hajiji adalah dua pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) iaitu Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Seri Masidi Manjun dan Timbalan Ketua Menteri 2, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam serta Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick.
Selain itu, Joachim turut dipertanggungjawabkan menjaga Kementerian Kerja Raya dan Utiliti, sementara Masidi akan meneruskan portfolio terdahulu sebagai Menteri Kewangan.
Ewon akan mengetuai Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Perdagangan.
Turut dilantik tujuh menteri:
1. Datuk Arifin Arif (GRS) – Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan.
2. Datuk Jamawi Jaafar (PH) – Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan.
3. Datuk Rubin Balang (GRS) – Kementerian Pembangunan Luar Bandar
4. Datuk James Ratib (GRS) Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi.
5. Datuk Jafry Ariffin (BN) Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar
6. Datuk Julita Mojungki (GRS) – Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Komuniti.
7. Datuk Nizam Titingan (GRS) – Kementerian Pembangunan Belia, Sukan dan Ekonomi Kreatif.
GRS mendapat 29 kerusi pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang melabuhkan tirai pada Sabtu melibatkan 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Seteru utamanya, Parti Warisan (Warisan) menang hanya 25 kerusi sekaligus membuktikan tiada parti yang memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri.