4 DIS : Akaun media sosial remaja Australia di bawah platform Meta sudah mula dipadamkan.
Media Australia melaporkan, Canberra mengenakan larangan penggunaan platform media sosial seperti Snapchat, TikTok, YouTube, Reddit, Twitch dan X, bagi kanak-kanak bawah 16 tahun, mulai 10 Disember ini.
Mana-mana penyedia platform media sosial yang gagal memadam akaun milik pengguna bawah 16 tahun berdepan denda sehingga AU$49.5 juta.
Meta mula memadam akaun remaja bawah 16 tahun di Instagram, Facebook dan Threads pada 4 Disember.
Selain Australia, beberapa negara lain rutu mengikut jejak langkah itu termasuk Denmark, Perancis, Sepanyol, Greece, Indonesia dan Turkiye.