KENYATAAN MEDIA
DATUK DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
Selaras dengan Fasal 12.5 Perlembagaan UMNO, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi selaku Presiden telah bersetuju untuk melantik barisan kepimpinan baharu Badan Perhubungan UMNO Sabah seperti berikut:
Pengerusi: YB Datuk Jafry Ariffin
Timbalan Pengerusi: Datuk Mohd Hasnol Ayub
Setiausaha: Samasuddin Yusop
Pelantikan ini bertujuan memastikan kesinambungan pentadbiran, memperkukuh penyelarasan parti serta mengkoordinasikan gerak kerja UMNO di Sabah secara lebih tersusun dan berkesan.
UMNO menyeru seluruh kepimpinan dan ahli parti untuk memberikan sokongan penuh kepada barisan kepimpinan baharu ini demi memastikan UMNO dapat terus memberikan khidmat terbaik kepada rakyat dan mendukung kerajaan Negeri Sabah.
DATUK DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
SETIAUSAHA AGUNG UMNO