11 DIS : Ketegangan di sempadan Kemboja-Thailand terus memuncak dengan letupan kuat dilaporkan berhampiran kuil-kuil yang sudah berabad-abad usianya.
Setakat ini, 19 dilaporkan terkorban dalam pertempuran di kedua-dua negara yang kembali meletus minggu ini.
Jurucakap Kementerian Pertahanan Thailand, Surasant Kongsiri berkata sejak minggu ini seramai sembilan tentera Thailand terbunuh dan lebih 120 lagi cedera.
“Operasi masih berterusan di sempadan dari Ubon Ratchathani hingga wilayah Trat,” katanya.
Kementerian Pertahanan Kemboja pula mendedahkan sekurang-kurang 10 orang awam terkorban dan 60 yang lain cedera dalam pertempuran itu.
Dilaporkan Kemboja mendakwa Kuil Ta Krabei yang terkenal turut musnah dalam pertempuran itu.
Difahamkan semakin ramai rakyat yang berada di sempadan meninggalkan rumah bagi menyelamatkan diri.