nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Penguatkuasaan banteras CSAM perlu konsisten

12 DIS : Peningkatan pengedaran bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) dalam saluran tertutup dan persendirian terus menimbulkan kebimbangan kerana ruang digital kini menjadi semakin tidak selamat untuk pengguna bawah umur.

Pakar psikologi kanak-kanak, Dr Noor Aishah Rosli berkata dalam persekitaran digital yang semakin mencabar, golongan kanak-kanak dan remaja bawah umur berada pada kedudukan paling terdedah kerana mereka belum mempunyai keupayaan matang untuk menilai risiko, memahami manipulasi dan melindungi diri apabila berdepan kandungan seksual.

Menurutnya, situasi itu berpunca daripada perkembangan otak yang belum matang seterusnya menjadikan kanak-kanak dan remaja lebih mudah terpengaruh, terpedaya dan terlibat dalam situasi berbahaya tanpa menyedari implikasinya.

“Pelaku seksual sering memanipulasi kanak-kanak dan remaja melalui pujuk rayu, ganjaran atau hubungan yang dibina dalam saluran persendirian dan keadaan itu memudahkan eksploitasi kerana mereka belum mampu membuat keputusan secara rasional.

“Akibatnya mangsa boleh mengalami trauma, keresahan, rasa bersalah, kesukaran mempercayai orang lain serta risiko gangguan tekanan pasca trauma (PTSD) dan kemurungan selain kemungkinan membawa kepada  tingkah laku seksual tidak sesuai dan terdedah kepada eksploitasi jangka panjang,” katanya kepada BBCPORTAL.

Mengulas aspek tanggungjawab platform digital, Noor Aishah berkata ketidakseragaman dalam penguatkuasaan boleh menyebabkan kanak-kanak terus terdedah kepada kandungan berbahaya dalam talian.

“Apabila kawalan kandungan di media sosial dilaksanakan secara konsisten, ia akan mengurangkan risiko kanak-kanak terdedah kepada CSAM, buli siber dan manipulasi seksual.

“Jika pendedahan terus berlaku, mangsa akan mengalami rasa takut, keresahan dan malu…malah dalam kes yang serius, sesetengah kanak-kanak boleh mengalami trauma digital contohnya takut untuk menggunakan telefon bimbit atau mengakses media sosial.

“Jika penguatkuasaan tidak selaras atau tidak konsisten, pelaku seksual juga akan menjadi lebih berani sekali gus meningkatkan risiko eksploitasi berulang terhadap mangsa,” katanya.

Sehubungan itu, Aishah bersetuju dengan larangan penggunaan media sosial bawah 16 tahun kerana ia memberi masa kepada kanak-kanak membina kemahiran sosial dan emosi sebelum terdedah sepenuhnya dalam talian.

Katanya, had umur bukan sekadar angka tetapi berkait rapat dengan tahap kematangan otak.

“Pada usia bawah 16 tahun, keupayaan berfikir secara rasional masih dalam proses berkembang…mereka belum mampu menilai tanda-tanda manipulasi dan lebih mudah terpengaruh dengan rakan sebaya.

“Kanak-kanak pada usia ini masih belum memahami konsep privasi digital dan mudah berkongsi maklumat peribadi…justeru jika diberi akses awal ke ruang digital, mereka berisiko mendedahkan umur, lokasi dan identiti tanpa sedar.

“Oleh sebab itu had umur diperlukan untuk memberi masa mereka menjadi matang dari segi pemikiran dan keselamatan diri,” katanya.

OLEH: AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.