nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Peruntukan Deeming perkukuh keselamatan platform digital : MCMC

15 DIS : Penguatkuasaan Peruntukan Deeming di bawah Seksyen 46A Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026 sebagai langkah memperkukuh kawal selia platform digital berskala besar di negara ini.

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), penguatkuasaan itu bertujuan bagi memastikan penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial yang mempunyai lapan juta atau lebih pengguna di Malaysia disifatkan berdaftar secara automatik sebagai pemegang Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi (ASP(C)) tanpa perlu melalui proses pendaftaran formal.

“Penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial berskala besar akan disifatkan berdaftar sebagai pemegang lesen ASP(C).

”Pelaksanaan ini melibatkan platform yang memenuhi kriteria ditetapkan termasuk WhatsApp, Telegram, Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube dan langkah ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026,” menurut MCMC.

Menurut MCMC, langkah berkenaan juga menekankan kepentingan menjadikan Internet sebagai ruang yang lebih selamat untuk kanak-kanak dan keluarga melalui pengukuhan akauntabiliti platform digital serta pematuhan undang-undang yang jelas dan boleh dikuatkuasakan.

Dalam pada itu, pelaksanaan Peruntukan Deeming juga bagi memastikan platform besar beroperasi secara teratur dan konsisten dalam kerangka perundangan Malaysia serta dapat menutup jurang pengawalseliaan khususnya terhadap penyedia perkhidmatan yang beroperasi dari luar negara.

Selain itu, pelaksanaan ini juga bagi mengukuhkan akauntabiliti platform dan pematuhan terhadap undang-undang Malaysia di samping mengukuhkan tanggungjawab mereka dalam melindungi kanak-kanak serta keluarga daripada risiko digital.

“Platform digital kini tertakluk kepada obligasi undang-undang Malaysia sama seperti penyedia perkhidmatan lain.

”Manakala keselamatan dalam talian diperkukuh melalui tanggungjawab platform yang lebih jelas dan boleh dikuatkuasakan, sekaligus memberikan perlindungan yang lebih baik kepada penggunakhususnya kanak-kanak dan keluarga daripada pelbagai risiko dalam talian,” katanya.

Menurut MCMC, platform global akan terus beroperasi seperti biasa tanpa perlu membuka pejabat fizikal di Malaysia, namun penyedia asing perlu melantik wakil tempatan bagi memastikan pematuhan undang-undang.

Bagi penyedia yang sudah berdaftar sebagai pemegang lesen ASP(C ) pula, status pendaftaran mereka kekal sehingga tamat tempoh sedia ada.

Pelaksanaan Peruntukan Deeming ini sejajar dengan amalan antarabangsa dalam mengawal selia platform digital berskala besar khususnya bagi memastikan akauntabiliti dan keselamatan pengguna, sekaligus menyokong pembentukan ekosistem digital yang lebih selamat, bertanggungjawab dan berkesan di Malaysia.

OLEH : AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.