nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Awalkan PRU bukan keperluan ketika ini

17 DIS : Kerajaan MADANI tidak melihat keperluan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) lebih awal buat masa ini

Sebaliknya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan kekal memberi tumpuan kepada agenda reformasi dan usaha menangani cabaran rakyat.

Katanya, meski Malaysia kini dilihat semakin stabil dan bertambah baik namun kerajaan pimpinannya masih berdepan perjalanan yang panjang dalam merealisasikan pembaharuan yang dirancang.

“Kita masih mempunyai perjalanan yang panjang. Saya tidak pasti…maksud saya pada masa ini saya memberi tumpuan kepada usaha meneruskan pelaksanaan reformasi serta mengurangkan masalah yang dihadapi rakyat,

“Khususnya kos sara hidup yang semakin tinggi. Itulah dua fokus utama bagi tahun hadapan dan saya fikir, walaupun keadaan sekarang agak lebih baik, ia akan menjadi lebih baik lagi pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi Taklimat Perdana Menteri Bersama Ketua-Ketua Pengarang Media di Kompleks Seri Perdana, hari ini.

Beliau menjawab persoalan dibangkitkan sama ada kerajaan bersedia mengadakan PRU lebih awal berikutan sokongan yang diterima ketika ini dilihat amat memberangsangkan.

Pada sesi sama, Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan negara tidak lagi boleh terlalu bergantung kepada dividen Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS).

Tegasnya, hakikat itu perlu diterima oleh rakyat negara ini memandangkan syarikat minyak nasional itu beroperasi sebagai entiti komersial yang prestasinya bergantung kepada harga minyak global.

Beliau berkata, jumlah dividen yang dibayar PETRONAS kepada kerajaan dipengaruhi keadaan pasaran serta prestasi industri minyak dan gas yang kekal tidak menentu dalam landskap global.

“PETRONAS ialah sebuah entiti komersial dan dividen bergantung kepada prestasi dan harga petroleum. Kita perlu menerima realiti.

“Untuk bergerak ke hadapan, negara tidak boleh terlalu bergantung kepada sumbangan PETRONAS.

“Walaupun kita mahukan lebih banyak dividen, kita juga perlu melihat apa yang sedang berlaku di peringkat global dan dalam industri minyak dan gas,” katanya.

*FOTO : PEJABAT PERDANA MENTERI MALAYSIA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.